Monday 25 April 2011

sejarah

sudah lebih 50 tahun kita merdeka tetapi kita tidak boleh lupakan sejarah dimana pada zaman pemerintahan penjajahan British di Tanah Melayu menyebab kita terasing dan mundur di kampung. terima kasih kepada kerajaan kerana telah menaikkan martabat orang melayu yang kini kita lihat ramai yang bijak pandai dan cendiakawan telah dilahirkan. dasar pecah perintah british sehingga sekrang masih meninggalkan kesannya.  

bagi sesiapa yang tidak ketahuinya silalah baca agar kita dapat merenungkannya demi berpikiran luas. 


kejayaan dan pembangunan malaysia yang ramai tidak ketahui. mari sama-sama kita membaca dan renungkan bagaimana kebijakan pemimpin kita. serangan waktu subuh yang membanggakan rakyat Malaysia. 



Sunday 24 April 2011

kenyataan atau angan-angan??



utusan malaysia ada menyiarkan cerita menyeronokan dan berinformasi terkini yang mengembirakan melayu di seluruh negara. semalam saya membaca surat khabar secara online terkejut akan kenyataan PAS akan berbaik semula dengan UMNO. ini adalah perkara yang amat bagus sekali kerana dapat menyatukan semua orang melayu yang kini kita lihat mula berpuak-puak. 
baca kenyataan di bawah yang dicakap sendiri oleh ketua dewan ulama. inilah yang kita nantikan selama ini agar kedua-dua parti ini bersatu demi memajukan negara, bangsa dan agama serta keamanan negara. dan harap ianya bukannya cakap sahaja dan harap ianya menjadi kenyataan. 




liverpool






siapa yang tak gembira apabila melihat team favorite menang dengan mudah di tempat sendiri.. hehehe..  hari yang paling mengembirakan sekali dan amat selesa untuk menunggu hari esok.. liverpool semakin hari semakin  kuat dan semakin bersepahaman. liverpool menang 5-0 dan angka yang amat besar untuk hari ini.  YNWA..

hatrik hero today.. i like.. :)



mari kita menyanyi sama-sama lagu liverpool ni sempena kemenangan team favorite kita.. :)



Saturday 23 April 2011

pertanian




seperti kita ketahui pertanian adalah sektor penting bagi memajukan negara kerana kita tidak bergantung harap kepada negera lain untuk mengimport makanan ke negara kita. kita ketahui juga bahawa hampir 90% bahan makanan yang masak di dapur adalah barang import. bagi saya sektor pertanian mahupun melibatkan makanan adalah satu industri yang terbaik untuk menjana income pada masa kini dan akan datang kerana ianya industri yang tidak akan mati dan manusia memerlukannya setiap hari.  kerajaan juga telah melaungkan "PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN" dan mengapa kita tidak mengambil peluang yang telah diberikan?? kita kena fikirkannya kerana untuk mengelakkan bahan makanan naik melonjak akibat dari bencana alam mahupun peperangan di negara pengeluar menyebabkan pengguna/pembeli menjadi sakit kepala dari tekanan harga. 

di negara-negara kuasa besar seperti USA, FRANCE,CHINA dan lain-lain menjadikan sektor pertanian adalah satu sektor yang amat penting untuk menjana ekonomi negara masing-masing. di USA misalnya, sektor pertanian mereka adalah berskla besar dan mereka tidak bergantung sangat akan barang import kerana pengeluaran makanan dalam negara mereka mencukupi dan mereka mampu untuk mengeksport ke negara lain yang memerlukan. malaysia kini bergerak mara kehadapan untuk menambah kuantiti tabung makanan negara dan negara kita memerlukannya untuk masa depan negara seiring dengan penambahan penduduk negara kita. 

     laman web kerajaan:  http://www.moa.gov.my

Najib garis tujuh prinsip segarkan sektor pertanian


baru-baru ini PM kita telah menggariskan 7 prinsip segarkan sekotr pertanian dalam negara kita. 

click dibawah:





1 Malaysia



kepada sesiapa yang masih di luar sana yang masih tidak mengetahui apakah tujuan dan kandungan 1malaysia yang kita laungkan marilah kita membaca link seperti di bawah. ramai lagi tidak memahami konsep ini dan bacalah wahai kawan-kawanku. 



HAK ISTIMEWA MELAYU TETAP KEKAL

selepas PRU-12 terjadi tragedi besar iaitu BN kehilangan 5 negeri. baca artikel di bawah: 




Wednesday 20 April 2011

rabu



hari rabu pada 21/4 adalah hari yang membosankan kerana duduk dirumah sahaja tanpa membuat apa2. hmm.. hari ini tak kerja sebab perlu hantar buyud pergi ke hospital tanjung karang pada jam 2 petang. memang tak seronok sekali kerana hari ini otak langsung tidak berfungsi dan kurang bergerak menyebabkan otak menjadi lemah. apabila otak menjadi lemah mental pun turut lemah dan badan pun menjadi sakit2.. :) itu sahahjalah yang boleh dikongsi pada hari ini. tak ada benda yang menarik pada hari ini.. 


Tuesday 19 April 2011

sosial

 masa lebih kepada belajar.. 
masa lebih kepada kerjaya...

kalaulah anda, apakah yang anda pilih samada blaja or kerja atau kedua-dua atau sosial??


ramai kawan2 ajak lepak or bersosial tapi...bukannya saya tidak mahu bersosial tapi saya amat susah nak bersosial kerana beberapa perkara yang tidak mengizinkan.. antara sebabnya saya susah nak bersosial adalah ketika ini saya masih lagi bekerja dan belajar. kedua perkara ni menyebabkan masa yang tipis untuk bersosial. rindu juga rasanya nak hang out dan lepak bersama kawan2 tapi malangnya tidak boleh..  

kesimpulannya saya memang tidak boleh bersosial hingga mencapai cita2 yang diingini. tapi sebagai remaja yang meningkat dewasa.. saya masih lagi cuba untuk bersosial jika tiada kerja mahupun blaja di hujung minggu. :)



harian

jikalau kita menghadap internet ape ynag kita tengok dulu?? kalau pada saya sebelum memulakan apa2 sudah pasti saya akan surf facebook dahulu.. ntah mengapa la nak kena surf mende alah ni.. dah jadi addict lebih teruk dari main game.. hehehe.. 

dah punya taksub main facebook,  lepas tu baru lah kita mula membaca surat khabar untuk menjana minda agar kita tidak ketinggalan akan isu semasa dalam dan luar negara.( baru la orang kata jangan jadi katak bawah tempurung dan jangan main cakap je kalau tak tau :))  yang paling seronoknya hari ni adalah kerajaan bakal melahirkan 60,000 pemegang PhD pada tahun 2023. sungguh menarik sekali bahawa pada masa akan datang pelajaran adalah menentukan arah negara seta pembangunannya. 


bosan-bosan macam ni best jugak melayan radio hitz.fm. layannnzz.....








Monday 18 April 2011

arsenal vs liverpool



semalam kita menyaksikan bahawa perlawanan antara arsenal dan liverpool berkesudahan  seri 1-1. perlawanan yang sungguh dramatik. terima kasih kepada ref dan eboue kerana sudi memberi sepakan penalti kepada liverpool dan seterusnya memberi jaringan seri pada minit ke 110minit. sebagai penyokong liverpool merasakan amat berterima kasih hingga senyum sampai telinga sepakan penalti yang diberikan. 

for liverpool fan... you will never walk alone :)




Sunday 17 April 2011

fun



semalam adalah perlawanan separuh akhir manchester city bertemu manchester united di stadium wembley. perlawanan semalam menyaksikan manchester city menang 1-0. memang puas hati lah tengok manchester united tewas.. :) hari ceria ytang tiada baginya kerana manchester united tak dapat memegang trible season ini. sebagai penyokong liverpool saya amat seronok dan gembira. :)


semalam juga kita menyaksikan barisan nasional menang mudah di sarawak dengan mencapai mejoriti 2/3 dari keputusan undi. tahniah kepada rakyat sarawak yang masih percaya akan kepimpinan barisan nasional. harap di kawasan bandar yang mejoritinya adalah kaum cina berubahlah nenyokong kerajaan kerana memperjuangkan satu kaum saja. 
TAHNIAH BARISAN NASIONAL TERUSKAN PERJUANGAN UNTUK MEMBANGUNKAN NEGARA. 


malam ini kita akan menyaksikan perlawanan yang menjadi tumpuan iaitu arsenal bertemu liverpool jam 10 malam ini. harap liverpool menang malam ni menentang arsenal. i like when liverpool win the match. :) 



Friday 15 April 2011

undi sarawak



esok adalah hari mengundi di sarawak.. hope BN akan menang untuk merajui sarawak ke arah pembangunan yang mampan dan pesat seiring menuju wawasan 2020. tunaikan kewajipan anda sebagai rakyat malaysia. :)

SELAMAT MENGUNDI SARAWAK 

Thursday 14 April 2011

dragon ball z

pabila tgk dragon ball z rindu rasanya masa kecil2 dulu. setiap minggu dahulu sentiasa duduk depan tv untuk menunggu dragon ball mula.. :) masa itu tv2 tidak putus2 menayangkan episod2 yang semua orang tidak mahu lepaskan. tapi hari ini saya ingin berkongsi cerita yang menarik sekali yang mana membuatkan kita hendak menonton lagi.

antara cerita dragon ball z yang mengasyikkan dan penuh dengan aksi dan komedinya. 

jom sama2 kita menonton dragon ball z . :)


Wednesday 13 April 2011

halal



hari ini memang banyak persoalan di dalam kepala berkaitan dengan halal ini. kita sebagai orang melayu beragama islam amat menitik beratkan makanan dan minuman yan halal. baru-baru ini saya pergi ke ceramah, dan ceramah ni mengenai perkataan halal yang selalu kita makan dan minum. 

kita lihat makanan malaysia berkaitan halal berkembang pesat mahupun berbangsa melayu, mamak atau cina belumba-lumba nak membuka restaurant halal dipelusuk negara. tapi di sini persoalanannya halal kah? halal kah kedai kopitiam? mamak? dan kedai-kedai biasa?

kedai mamak yang kita ketahui ada yang mengimport warganegara india ke sini sebagai pekerja dan kita masih tidak tau samada mereka beragama islam ataupun tidak. itu yang dirisaukan sebab saya selalu mengunjungi kedai mamak. yang memasak dan membuat air pula untuk kita di kedai makan adakah mereka sudah membersihkan diri dari hadas besar mahupun kecil?? besihkah mereka??  kita renung-renungkanlah...

makanan yang kita beli di kedai juga yang ia nya di buat dari kilang adakah ianya mencapai standard halal sebetulnya?? banyak persoalannya.. kita renungkan dan filkir-fikirkanlah ya.. 






Tuesday 12 April 2011

liverpool

siapa yang tak seronok pabila melihat team favorite menang apatah lagi bertemu dengan manchester city.. :) mood hari ni memang baik sebab pagi tadi liverpool menag dengan jumlah yang besar iaitu 3-0. goal dijaringkan oleh caroll dan kuyt. memang terbaik lah liverpool menang. masih ada perluang untuk dapat tempat ke-5. come on liverpool you can do it. YNWA...


saksikanlah jaringan kemenangan liverpool :) 





isnin dan pelbagai

semalam hari yang memenatkan walaupun hari isnin adalah hari yang tak buat kerja ysng banyak lagilah menjadikan bertambah letih pabila ela dan amir perlu dihantar pulang. jam 4 pagi kami sudah bangun bersiap untuk menghantar diorang balik ke hostel masing2. seorang di lumut dan lagi sorang di ipoh.. banyangkan bertapa jauh nya mereka belajar.. tapi saya amat bersyukur kerana dapat menghantar dia orang balik ke hostel masing2. sampai sahaja di lumut sudah jam 6 pagi dan tiba di ipoh tepat jam 8 pagi so sempatlah hantar diorang yang kelas masing2 pada jam 830 pagi. 

 menghantar pada waktu pagi buta sudah tentulah menjadikan kepenatan dan setiba di perhentian tapah menuju ke KL saya mengambil keputusan untuk melelapkan mata begitu juga ayah saya yang masing2 sudah tidak berdaya untuk membuka mata. :) hari ini memang tak buat kerja dan hari ini banyak menghabiskan masa bersama keluarga sahaja. setiba di KL kami pun makan tengahari di TPCA Kg Baru jikalau ke sana favorite kita orang adalah naasi ayam kampung gerai 31. memang sedap hingga perut kenyang.. :)

selepas menghabiskan masa di KL dan kajang sehingga jam 1pagi.. kami pun pulang ke rumah di sekinchan seperti biasa. 


setiba sahaja di rumah dah mula lah membuka laptop untuk melihat laman web sosial facebook dan mengupdate blog.  memang susah betul untuk berenggang dengan facebook kerana dah menjadi rutin untuk melawatnya bagaikan menjadi habit mahupun memakan pil dadah. aiyoo.. 

walaubagaimanapun hari yang ditunggu-tunggu hampir tiba iaitu perlawanan BPL antara Liverpool vs Manchester City. tak sabar rasanya nak menonton.. tapi takut jugak nak menonton sebab liverpool mengalami masalah pertahanan yang ramai mengalami kecederaan.. mampukah liverpool untuk menag pagi ini?? terpaksalah menontonnya.. :)


saksikan liverpool melawan machester city jam 3 pagi di siaran astro 812. 


my favorite. :)





Sunday 10 April 2011

sabtu yang penuh

semalam hari sabtu yang sibuk.. hari yang penuh dengan kelas, hari futsal, dan melepak :)... tak sangka setiap hari sabtu adalah hari yang padat dengan aktiviti yang berfaedah. 


semalam ke kelas memang seronok kerana belajar pasal international marketing banyak perkara yang tahu dan mudah di pahami dengan cepat. belajar international marketing ini juga membuatkan kita berfikir secara global dan tatkala belajar ni memang seronok sambil membawa kepada kecermelangan diri sendiri. :)


selepas balik dari kelas, ehen dan solihin telefon untuk mengajak main futsal di bintang shah alam seksyen 7. sudah lama tak main memang penat rasanya bila nak menghabiskan sejam belum lagi main 2 jam.. mungkin dah pengsan lama dah.. hehehe.. :) tapi macam mana pun setelah sekian lama tak berpeluh dengan banyak akhirnya semalam membuatkan badan menjadi ringan dan selesa. :)


selepas main je futsal kami pun lepak la di seksyen 18 di darul ehsan restaurant sambil-sambil tu kita orang pun layan la bola. ketika itu manchester united bertemu dengan fulham, tak sangka manchester boleh menang mudah ketika bertemu dengan fulham hinggakan mereka (fulham) tidak dapat menjaringkan goal. machester menag 2-0 dan sebagai fan liverpool saya amat tidak puas hati kerana mereka menang :) ... walau macam mana pun liverpool masih ada peluang lagi untuk diperbaiki di masa hadapan. hidup liverpool.. YNWA :)

inilah hari yang penuh dengan perkara-perkara bermanfaat dilakukan pada hari semalam iaitu hari sabtu. :) ada cadangan lain untuk di buat pada hari minggu?? :p







Saturday 9 April 2011

satay & durian

semalam hari jumaat hari yang banyak bersama keluarga selepas balik kerja. balik je rumah pak cik dah bawa balik durian lagi. tak sampai seminggu dah makan durian dua kali. yummm... memang sedap sekali sebab pak cik sendiri yang pilih durian... kita orang melantak sampai durian habis tapi kita orang makan cuma 6 biji sahaja tetapi puas sekali. 

durian yang sedap pabila di makan. :)


 mama dan adik saya memang tak pernah makan satay hut kat tanjung karang.. so dia minta pergi makan kat tanjung karang semalam malam.. dan sampai kat sana kami order la 20 cucuk dulu takut tak habis sebab satay nya bersaiz besar dari satay biasa. makan punya makan sampai nak termuntah sebab terlalu kenyang. :) selamat ada adik saya yang bernama anwar dia yang tolong habiskan satay selebihnya...

satay yang bersaiz besar... yummm2.. :)

setelah habis makan ni la bentuk nya. bersepah dan kekenyangan. jikalau nak merasa satay yang besar boleh la datang ke satay hut tanjung karang. layannzz.. :)


Friday 8 April 2011

naruto


setiap minggu memang menantikan keluaran naruto yang baru. setiap hari khamis mahupun jumaat keluaran baru akan keluar. memang best la baca naruto hinggakan hampir setiap hari saya tak miss nak membaca. jom.. kita membaca naruto di link di bawah... :)
link di atas la website saya selalu baca naruto. dah episode 534 saya membaca bayangkanlah... sama macam dragonball dulu memang panjang cerita nya. memang tak bosanlah bila membacanya. 



Wednesday 6 April 2011

selasa dan satay

hari ini hari yang paling penat dan kekeyangan. balik je kerja dah diajak oleh pak cik untuk ke lekir, perak. dari rumah ke lekir mengambil masa yang tak lama cuma sejam sahaja. sampai di sana cuma hendak menjenguk kawan2 dia, katanya dia rindu nak pergi ke lekir kerana banyak dahulu menghabiskan masa mudanya di sana. setelah penat ke lekir balik lah saya ke rumah dan mengambil masa lagi sejam. 


gambar durian ni menjadi bukti dimana musim durian sudah tiba. dan pembekal kali ini datang nya dari perak. on the way je balik dari lekir nampak la orang bersusun di tepi jalan menjual durian. hati pun tak senang la tengok durian ni banyak sangat. so singgah la saya dengan pak cik ke sekinchan untuk membeli durian ( dah gian owh... lama dah tak makan :) ). sampai je kat rumah tak sempat cakap apa semua serbu pergi ke dapur untuk melantak durian.. yammm..yammm.. :)


malam nya pula jam 9 dah janji dengan muazam nak melantak satay ni pulak.. pergi ke tanjung karang memang tak sah kalau tidak pergi ke sini kerana ada keistimewaannya sendiri. keistimewaannya adalah satay yang besar dengan harganya berpatutan dengan harga RM 1.10 secucuk. memang berbaloilah makan kat sini. saya makan dengan muazam cuma 10 cucuk (seorang 5 cucuk :) ) dan hendak menghabiskannya mengambil masa yang lama kerana saiznya berbentuk besar. tapi memang kenyang la makan kat sini dan berpuas hati hinggakan nak berjalan pun sudah tak larat lagi bagaikan hendak meleret kaki ke kereta. :) setelah puas makan satay sebanyak 10 cucuk kita orang pun beredar dari restaurant satay hut tanjung karang dan menghala balik ke rumah..

selasa dan satay memang best dan seronok. :)