Showing posts with label puasa. Show all posts
Showing posts with label puasa. Show all posts

Monday, 30 June 2014

Ramadhan 2014


Bila tiba bulan ramadhan mula la berfikir di kepala untuk menyambut hari raya, ada yang mula bershopping mahupun kanak-kanak mula sibuk bermain bunga api atau mercun. Kerancakan sambutan bulan ramadhan di negara kita memang meriah berbanding negara lain.Ada negara lain yang tidak dapat menyambut kerana faktor peperangan dan negara dalam keadaan darurat. Kita patut bersyukur kepada Allah sebab dilahirkan di negera yang harmoni dan aman ini. Alhamdulillah.
Di bulan ramadhan ini diharapkan untuk menyempurnakan apa itu maksud ramadhan dan ingatan juga kepada saya supaya berpuasa penuh dan penuh dengan amal ibadah di bulan yang baik ini. Saya mengambil kesempatan untuk mengucapakan 
SELAMAT DATANG RAMADHAN AL MUBARAK


Sunday, 22 July 2012

PUASA




hari ini telah jatuh hari kedua umat islam di Malaysia berpuasa. Banyak cubaan dan godaan semasa berpuasa terutamanya tidur. memang memenatkan jika kita duduk diam di rumah sahaja dan amatlah baik jika di bulan mulia ini kita membuat sesuatu yang berfaedah.

hari puasa kedua ini memang saya banyak tidur, biasalah kalau tak dapat rokok mata pun layu je. tapi macam mana pun puasa kena buat juga sebab dah menjadi kewajipan sebagai orang islam.

saya dengan ini mengucapakan selamat berpuasa kepada semua orang islam di dunia dan makan tu jangan la lebih-lebih nanti tak habis dan yang gila pergi bazar ramadhan selamat membeli belah di bazar.




Friday, 26 August 2011

menjelang hari raya

hari raya hampir menjelang tiba. hati bedebar-debar untuk menyambut hari raya yang kian hampir tatkala mula la sibuk untuk mengemas rumah dan menyiapkan kuih muih untuk sanak-saudara yang akan datang ke rumah untuk berhari raya. :) 

pelbagai persediaan telah dilakukan dan pelbagai aktiviti sedang dijalankan hingga keletihan sampai tertidur.. yeah!!!

sebelum kita menyambut hari raya marilah kita menunggu sambil melakukan ibadah puasa. selamat berpuasa. :) 


Wednesday, 17 August 2011

puasa ke-17

lama betul tak update blog ni rasa rindu pun ada. :) hari ni sudah hari ke-17 kita berpuasa harap puasa tahun ni membawa satu makna yang besar buat diri saya. aminn.... puasa tahun ni memang tak sama macam tahun-tahun lepas kerana tahun ni puasa mengajar kita kurang makan ketika berpuasa dan mengawal nafsu makan kita yang cukup kuat. teringat kita bagaimana keadaan negara islam seperti somalia yang kekurangan makanan tetapi mereka tetap tabah dan mereka tetap berpuasa. syukur kita kehadrat Allah kita dilahirkan di negara Malaysia yang mana rezeki makanan melimpah luah.


lihat lah mereka dan kita muhasabah diri kita. syukur alhamdulillah kita lahir di bumi yang bertuah. 

selamat berpuasa dan beramal kawan-kawan :) 




Monday, 8 August 2011

hari ke 8

sudah hari ke 8 puasa memang tak disangka. pejam celik pas ni dah raya. haish..!!!
8 hari berpuasa ni memang banyak cabaran diantaranya tidur, tahap kesabaran, permakanan dan lain-lain. bulan puasa tahun ni memang mencatat sejarah kerana dapat demam pada awal puasa.. yeah!!! kelas banyak dan peperiksaan dan mula nampak.. huhuhuhuh

tapi macam mana pun puasa tetap puasa dan ibadah tetap kena lakukan. saya sekali lagi mengucapkan selamat berpuasa kepada muslim seluruh Malaysia dan seterusnya dunia.



Sunday, 31 July 2011

puasa



Esok adalah hari puasa di mana semua umat islam di dunia menjalankan ibadah puasa. malaysia juga tidak ketinggalan kerana malaysia adalah negara islam dan majoritinya beragaama islam.  banyak gelagat ragam orang ketika hendak menyambut kedatangan bulan mubarak ini apatah lagi kita lihat di pasar-pasar ramai yang berpusu-pusu membeli ikan-ikan mahupun sayuran untuk dimasak ketika sahur pagi nanti. lihatlah betapa bagusnya rakyat malaysia menyambut kedatangan bulan puasa.

sekali lagi saya dengan penuh kesyukuran menyambut hari ramadan al mubarak. selamat berpuasa semua. :)