Sunday 10 April 2011

sabtu yang penuh

semalam hari sabtu yang sibuk.. hari yang penuh dengan kelas, hari futsal, dan melepak :)... tak sangka setiap hari sabtu adalah hari yang padat dengan aktiviti yang berfaedah. 


semalam ke kelas memang seronok kerana belajar pasal international marketing banyak perkara yang tahu dan mudah di pahami dengan cepat. belajar international marketing ini juga membuatkan kita berfikir secara global dan tatkala belajar ni memang seronok sambil membawa kepada kecermelangan diri sendiri. :)


selepas balik dari kelas, ehen dan solihin telefon untuk mengajak main futsal di bintang shah alam seksyen 7. sudah lama tak main memang penat rasanya bila nak menghabiskan sejam belum lagi main 2 jam.. mungkin dah pengsan lama dah.. hehehe.. :) tapi macam mana pun setelah sekian lama tak berpeluh dengan banyak akhirnya semalam membuatkan badan menjadi ringan dan selesa. :)


selepas main je futsal kami pun lepak la di seksyen 18 di darul ehsan restaurant sambil-sambil tu kita orang pun layan la bola. ketika itu manchester united bertemu dengan fulham, tak sangka manchester boleh menang mudah ketika bertemu dengan fulham hinggakan mereka (fulham) tidak dapat menjaringkan goal. machester menag 2-0 dan sebagai fan liverpool saya amat tidak puas hati kerana mereka menang :) ... walau macam mana pun liverpool masih ada peluang lagi untuk diperbaiki di masa hadapan. hidup liverpool.. YNWA :)

inilah hari yang penuh dengan perkara-perkara bermanfaat dilakukan pada hari semalam iaitu hari sabtu. :) ada cadangan lain untuk di buat pada hari minggu?? :p







No comments:

Post a Comment