Friday 26 August 2011

menjelang hari raya

hari raya hampir menjelang tiba. hati bedebar-debar untuk menyambut hari raya yang kian hampir tatkala mula la sibuk untuk mengemas rumah dan menyiapkan kuih muih untuk sanak-saudara yang akan datang ke rumah untuk berhari raya. :) 

pelbagai persediaan telah dilakukan dan pelbagai aktiviti sedang dijalankan hingga keletihan sampai tertidur.. yeah!!!

sebelum kita menyambut hari raya marilah kita menunggu sambil melakukan ibadah puasa. selamat berpuasa. :) 


Wednesday 17 August 2011

puasa ke-17

lama betul tak update blog ni rasa rindu pun ada. :) hari ni sudah hari ke-17 kita berpuasa harap puasa tahun ni membawa satu makna yang besar buat diri saya. aminn.... puasa tahun ni memang tak sama macam tahun-tahun lepas kerana tahun ni puasa mengajar kita kurang makan ketika berpuasa dan mengawal nafsu makan kita yang cukup kuat. teringat kita bagaimana keadaan negara islam seperti somalia yang kekurangan makanan tetapi mereka tetap tabah dan mereka tetap berpuasa. syukur kita kehadrat Allah kita dilahirkan di negara Malaysia yang mana rezeki makanan melimpah luah.


lihat lah mereka dan kita muhasabah diri kita. syukur alhamdulillah kita lahir di bumi yang bertuah. 

selamat berpuasa dan beramal kawan-kawan :) 




Monday 8 August 2011

hari ke 8

sudah hari ke 8 puasa memang tak disangka. pejam celik pas ni dah raya. haish..!!!
8 hari berpuasa ni memang banyak cabaran diantaranya tidur, tahap kesabaran, permakanan dan lain-lain. bulan puasa tahun ni memang mencatat sejarah kerana dapat demam pada awal puasa.. yeah!!! kelas banyak dan peperiksaan dan mula nampak.. huhuhuhuh

tapi macam mana pun puasa tetap puasa dan ibadah tetap kena lakukan. saya sekali lagi mengucapkan selamat berpuasa kepada muslim seluruh Malaysia dan seterusnya dunia.