Wednesday 6 April 2011

selasa dan satay

hari ini hari yang paling penat dan kekeyangan. balik je kerja dah diajak oleh pak cik untuk ke lekir, perak. dari rumah ke lekir mengambil masa yang tak lama cuma sejam sahaja. sampai di sana cuma hendak menjenguk kawan2 dia, katanya dia rindu nak pergi ke lekir kerana banyak dahulu menghabiskan masa mudanya di sana. setelah penat ke lekir balik lah saya ke rumah dan mengambil masa lagi sejam. 


gambar durian ni menjadi bukti dimana musim durian sudah tiba. dan pembekal kali ini datang nya dari perak. on the way je balik dari lekir nampak la orang bersusun di tepi jalan menjual durian. hati pun tak senang la tengok durian ni banyak sangat. so singgah la saya dengan pak cik ke sekinchan untuk membeli durian ( dah gian owh... lama dah tak makan :) ). sampai je kat rumah tak sempat cakap apa semua serbu pergi ke dapur untuk melantak durian.. yammm..yammm.. :)


malam nya pula jam 9 dah janji dengan muazam nak melantak satay ni pulak.. pergi ke tanjung karang memang tak sah kalau tidak pergi ke sini kerana ada keistimewaannya sendiri. keistimewaannya adalah satay yang besar dengan harganya berpatutan dengan harga RM 1.10 secucuk. memang berbaloilah makan kat sini. saya makan dengan muazam cuma 10 cucuk (seorang 5 cucuk :) ) dan hendak menghabiskannya mengambil masa yang lama kerana saiznya berbentuk besar. tapi memang kenyang la makan kat sini dan berpuas hati hinggakan nak berjalan pun sudah tak larat lagi bagaikan hendak meleret kaki ke kereta. :) setelah puas makan satay sebanyak 10 cucuk kita orang pun beredar dari restaurant satay hut tanjung karang dan menghala balik ke rumah..

selasa dan satay memang best dan seronok. :) 




No comments:

Post a Comment