Tuesday 12 April 2011

isnin dan pelbagai

semalam hari yang memenatkan walaupun hari isnin adalah hari yang tak buat kerja ysng banyak lagilah menjadikan bertambah letih pabila ela dan amir perlu dihantar pulang. jam 4 pagi kami sudah bangun bersiap untuk menghantar diorang balik ke hostel masing2. seorang di lumut dan lagi sorang di ipoh.. banyangkan bertapa jauh nya mereka belajar.. tapi saya amat bersyukur kerana dapat menghantar dia orang balik ke hostel masing2. sampai sahaja di lumut sudah jam 6 pagi dan tiba di ipoh tepat jam 8 pagi so sempatlah hantar diorang yang kelas masing2 pada jam 830 pagi. 

 menghantar pada waktu pagi buta sudah tentulah menjadikan kepenatan dan setiba di perhentian tapah menuju ke KL saya mengambil keputusan untuk melelapkan mata begitu juga ayah saya yang masing2 sudah tidak berdaya untuk membuka mata. :) hari ini memang tak buat kerja dan hari ini banyak menghabiskan masa bersama keluarga sahaja. setiba di KL kami pun makan tengahari di TPCA Kg Baru jikalau ke sana favorite kita orang adalah naasi ayam kampung gerai 31. memang sedap hingga perut kenyang.. :)

selepas menghabiskan masa di KL dan kajang sehingga jam 1pagi.. kami pun pulang ke rumah di sekinchan seperti biasa. 


setiba sahaja di rumah dah mula lah membuka laptop untuk melihat laman web sosial facebook dan mengupdate blog.  memang susah betul untuk berenggang dengan facebook kerana dah menjadi rutin untuk melawatnya bagaikan menjadi habit mahupun memakan pil dadah. aiyoo.. 

walaubagaimanapun hari yang ditunggu-tunggu hampir tiba iaitu perlawanan BPL antara Liverpool vs Manchester City. tak sabar rasanya nak menonton.. tapi takut jugak nak menonton sebab liverpool mengalami masalah pertahanan yang ramai mengalami kecederaan.. mampukah liverpool untuk menag pagi ini?? terpaksalah menontonnya.. :)


saksikan liverpool melawan machester city jam 3 pagi di siaran astro 812. 


my favorite. :)





No comments:

Post a Comment