Sunday 22 July 2012

PUASA




hari ini telah jatuh hari kedua umat islam di Malaysia berpuasa. Banyak cubaan dan godaan semasa berpuasa terutamanya tidur. memang memenatkan jika kita duduk diam di rumah sahaja dan amatlah baik jika di bulan mulia ini kita membuat sesuatu yang berfaedah.

hari puasa kedua ini memang saya banyak tidur, biasalah kalau tak dapat rokok mata pun layu je. tapi macam mana pun puasa kena buat juga sebab dah menjadi kewajipan sebagai orang islam.

saya dengan ini mengucapakan selamat berpuasa kepada semua orang islam di dunia dan makan tu jangan la lebih-lebih nanti tak habis dan yang gila pergi bazar ramadhan selamat membeli belah di bazar.




Wednesday 9 May 2012

SIBUK DAN SIBUK





 sibuk dan masih sibuk. masih sibuk dan masih tidak dapat nak kongsi cerita kepada semua lagi. :)


Thursday 3 May 2012

entah

tak tahu nak tulis apa :) homework banyak. 



Wednesday 2 May 2012

KULIM (bercuti)

Penat-penat pun terlepas juga ke kulim walaupun tak pernah sampai ke sana. pada hari sabtu (28/4/2012) tepat jam 1 pagi say bersama sholehin, anwar dan cikgu pun bergerak dari shah alam. perjalanan mengambil masa selama 4 jam dan ketika di jalan raya saya perhatikan banyak kereta menghala ke pulau pinang pada pagi itu dan semua orang berlumba-lumba untuk sampai ke destinasi masing-masing.

 ini dia destinasi kami. memang tak dijangka banyak kilang-kilang berstatus big player kat sana contohnya intel dan first solar ada di sana. saya amat berbangga di mana malaysia mampu memanggil syarikat besar dari luar negara untuk melabur di megara kita ini.


special thanks kepada paman (pak cik) saya kerana melayan kami dengan baik. saving duit kami :)

 kat kulim je ada menda ni :)


 char koay teow dan nescafe tarik :)


 pada waktu malam kami di bawa oleh paman kami untuk menikmati makanan special di Kulim dan ia nya memang special iaitu char koay teow dan nescafe tarik dan ia nya memang menarik :)

pada keesokan hari nya (29/4/2012) iaitu hari terakhir kami mempelbagaikan aktiviti di sana seperti ke sedim di mana di sana terdapatntya air terjun yang terkenal di belah kulim mahupun kedah. pabila petang pula kami dipelawa bermain badminton bersama-sama. memang memenatkan tapi amat seronok sekali dan ianya amat menyihat tubuh badan :)

tepat jam 11 malam kami pun berangkat pulang ke rumah dan kali ini kami balik ke sekinchan, selangor dan mengambil masa selama 4 jam 30 minit sampai ke rumah. (tengok la siapa yang drive :) ) 

kulim memang seronok... WOWWW!!! :) 



SELAMAT HARI PEKERJA 2012




Setiap tahun di Malaysia tarikh keramat setiap pekerja ialah pada 1 Mei 2012 di mana negara kita menyambut hari pekerja bagi mengenang jasa setiap para pekerja di Malaysia. saya mengucapkan "SELAMAT HARI PEKERJA"