Wednesday, 9 May 2012

SIBUK DAN SIBUK





 sibuk dan masih sibuk. masih sibuk dan masih tidak dapat nak kongsi cerita kepada semua lagi. :)


Thursday, 3 May 2012

entah

tak tahu nak tulis apa :) homework banyak. 



Wednesday, 2 May 2012

KULIM (bercuti)

Penat-penat pun terlepas juga ke kulim walaupun tak pernah sampai ke sana. pada hari sabtu (28/4/2012) tepat jam 1 pagi say bersama sholehin, anwar dan cikgu pun bergerak dari shah alam. perjalanan mengambil masa selama 4 jam dan ketika di jalan raya saya perhatikan banyak kereta menghala ke pulau pinang pada pagi itu dan semua orang berlumba-lumba untuk sampai ke destinasi masing-masing.

 ini dia destinasi kami. memang tak dijangka banyak kilang-kilang berstatus big player kat sana contohnya intel dan first solar ada di sana. saya amat berbangga di mana malaysia mampu memanggil syarikat besar dari luar negara untuk melabur di megara kita ini.


special thanks kepada paman (pak cik) saya kerana melayan kami dengan baik. saving duit kami :)

 kat kulim je ada menda ni :)


 char koay teow dan nescafe tarik :)


 pada waktu malam kami di bawa oleh paman kami untuk menikmati makanan special di Kulim dan ia nya memang special iaitu char koay teow dan nescafe tarik dan ia nya memang menarik :)

pada keesokan hari nya (29/4/2012) iaitu hari terakhir kami mempelbagaikan aktiviti di sana seperti ke sedim di mana di sana terdapatntya air terjun yang terkenal di belah kulim mahupun kedah. pabila petang pula kami dipelawa bermain badminton bersama-sama. memang memenatkan tapi amat seronok sekali dan ianya amat menyihat tubuh badan :)

tepat jam 11 malam kami pun berangkat pulang ke rumah dan kali ini kami balik ke sekinchan, selangor dan mengambil masa selama 4 jam 30 minit sampai ke rumah. (tengok la siapa yang drive :) ) 

kulim memang seronok... WOWWW!!! :) 



SELAMAT HARI PEKERJA 2012




Setiap tahun di Malaysia tarikh keramat setiap pekerja ialah pada 1 Mei 2012 di mana negara kita menyambut hari pekerja bagi mengenang jasa setiap para pekerja di Malaysia. saya mengucapkan "SELAMAT HARI PEKERJA"



Tuesday, 29 November 2011

debat

akhirnya... dapat juga meluahkan di dalam blog ni :) hari sabtu ni berlangsunglah debat yang bertajuk kebaikan dan keburukan internet kepada umat islam. tapi persoalannya mengapa perlu saya menyertainya? sedangkan ramai lagi yang lebih bagus dan petah berkata semasa perdebatan. tapi tidak mengapa kerana ini boleh menjadi salah satu tanda aras ilmu pengetahuan selama ini. :)

harap pada hari sabtu ni dapat lah saya menjawapnya dengan tenang dan mampu menggegarkan suasana. :)


Sunday, 11 September 2011

sad story

semalam adalah hari yang malang dan amat sedih sekali tatkala menndengar seorang yang dikasihi memarahi kita dan mengatakan sesuatu yang menyayat hati sanubari. tidak boleh dikatakan lagi cuma hanya berdoa dan berharap agar masih disayangi lagi di dunia hingga ke akhirat. 

semalam adalah satu pengajaran yang paling bermakna sekali dan saya berazam dan bertekad akan cuba berubah seperti yang dikendaki..

tidak dapat untuk menambah lagi kerana masih tidak dapat memikirkan apa yang akan terjadi pada hari yang akan datang.  

Friday, 26 August 2011

menjelang hari raya

hari raya hampir menjelang tiba. hati bedebar-debar untuk menyambut hari raya yang kian hampir tatkala mula la sibuk untuk mengemas rumah dan menyiapkan kuih muih untuk sanak-saudara yang akan datang ke rumah untuk berhari raya. :) 

pelbagai persediaan telah dilakukan dan pelbagai aktiviti sedang dijalankan hingga keletihan sampai tertidur.. yeah!!!

sebelum kita menyambut hari raya marilah kita menunggu sambil melakukan ibadah puasa. selamat berpuasa. :)