Showing posts with label cerita2. Show all posts
Showing posts with label cerita2. Show all posts

Wednesday, 2 May 2012

KULIM (bercuti)

Penat-penat pun terlepas juga ke kulim walaupun tak pernah sampai ke sana. pada hari sabtu (28/4/2012) tepat jam 1 pagi say bersama sholehin, anwar dan cikgu pun bergerak dari shah alam. perjalanan mengambil masa selama 4 jam dan ketika di jalan raya saya perhatikan banyak kereta menghala ke pulau pinang pada pagi itu dan semua orang berlumba-lumba untuk sampai ke destinasi masing-masing.

 ini dia destinasi kami. memang tak dijangka banyak kilang-kilang berstatus big player kat sana contohnya intel dan first solar ada di sana. saya amat berbangga di mana malaysia mampu memanggil syarikat besar dari luar negara untuk melabur di megara kita ini.


special thanks kepada paman (pak cik) saya kerana melayan kami dengan baik. saving duit kami :)

 kat kulim je ada menda ni :)


 char koay teow dan nescafe tarik :)


 pada waktu malam kami di bawa oleh paman kami untuk menikmati makanan special di Kulim dan ia nya memang special iaitu char koay teow dan nescafe tarik dan ia nya memang menarik :)

pada keesokan hari nya (29/4/2012) iaitu hari terakhir kami mempelbagaikan aktiviti di sana seperti ke sedim di mana di sana terdapatntya air terjun yang terkenal di belah kulim mahupun kedah. pabila petang pula kami dipelawa bermain badminton bersama-sama. memang memenatkan tapi amat seronok sekali dan ianya amat menyihat tubuh badan :)

tepat jam 11 malam kami pun berangkat pulang ke rumah dan kali ini kami balik ke sekinchan, selangor dan mengambil masa selama 4 jam 30 minit sampai ke rumah. (tengok la siapa yang drive :) ) 

kulim memang seronok... WOWWW!!! :) 



Sunday, 11 September 2011

sad story

semalam adalah hari yang malang dan amat sedih sekali tatkala menndengar seorang yang dikasihi memarahi kita dan mengatakan sesuatu yang menyayat hati sanubari. tidak boleh dikatakan lagi cuma hanya berdoa dan berharap agar masih disayangi lagi di dunia hingga ke akhirat. 

semalam adalah satu pengajaran yang paling bermakna sekali dan saya berazam dan bertekad akan cuba berubah seperti yang dikendaki..

tidak dapat untuk menambah lagi kerana masih tidak dapat memikirkan apa yang akan terjadi pada hari yang akan datang.  

Monday, 6 June 2011

aku dan sesuatu?

sudah lama saya tidak update blog ini lagi.. masih lagi tiada cerita untuk dikongsi kepada kawan-kawan semua. hari yang penuh sibuk gengan pekerjaan dan hari yang malang. apa yang malangnya?? malangnya kereta saya buat hal lagi disebabkan tangki minyak hitm dibawah enjin bocor kecil semula. hmmm.. memang masalah besar bagi saya. kereta sudah pun memcecah 4tahun hingga ke hari ini dan milenya pun dah banyak KM nya kini sudah mencecah hingga ke 217000 lebih.. bayangkan lah betapa jauh nya kereta saya berjalan. pelbagai suka duka bersama. nak harapkan kereta baru bukan tak mampu tapi belum tiba waktunya utuk di beli..

SABAR SAUZA!! :)

itu sahajalah yang dapat dikongsi hari ini. harap hari ni lebih baik dari semalam dan menjamin masa depan yang cemerlang. :P