Sunday 22 May 2011

malas



hari ni hari yang paling malas.. di sebabkan hari ahad mari kita dengar lagu malas iaitu lazy song dari bruno mars. :)



jum menyanyi :)



jalan ampang

lama sudah tidak update blog ni bukan disebabkan tiada cerita tetapi rasa malas amat sangat untuk menaip. di sebabkan merindui blog ni hari ni saya update kan satu cerita.

pada hari jumaat yang lepas selepas sembahyang jumaat saya hendak pergi ke wisma asli di jalan ampang terlihat   beberapa lori polis dan FRU di depan kedutaan Australia.. pada masa tu memang rasa hairan sekali selepas beberapa minit kemudian tiba-tiba orang semakin ramai berkumpul dan bertambah hairanlah saya ketika itu. kebanyakkannya hampir semua orang melayu yang berkumpul. laungan pergi balik lynas berkumandang barulah jelas apakah sebabnya. parti pakatan rakyat membuat demontrasi.( owh.. silap PAS sebenarnya kerana bangsa lain boleh dikira dengan jari so bukanlah PR empunya demontrasi.).


gambar2 orang yang membuat demo di depan kedutaan Australia membantah LYNAS tetapi malangnya melayu sahaja yang pergi mana bangsa lain?? sorak kat belakang je ke? 


hand out yang diberi di kala tengah riuh.


video2 mereka :



sayangnya ketika perhimpunan ni tiada pun bangsa lain yang hendak ke depan mungkin bangsa lain banyak duduk lepak di KLCC dari berhimpun  dalam hujan. tidak menunjukkan parti ni satu perpaduan. kita fikir-fikirkan lah. 


Monday 9 May 2011

ahad dan hari istimewa

sudah lama tak update blog ini disebabkan tiada idea untuk di update kan. hari ni saya hendak mencerita hari semalam iaitu hari AHAD. pada hari  semalam juga adalah bersamaan dengan hari ibu dan hari istimewa untuk ibu2 diseluruh dunia di mana seluruh dunia menyambutnya bagi mengingati jasa2 perjuangan setiap ibu. 

semalam juga saya telah menyambut hari mama saya bersama2 dengan adik saya ehen di shah alam sebelum pergi ke airport. kami menyambut hari ibu di Pizza Hut seksyen 20. memang seronok pabila melihat wajah ibu yang gembira kerana dapat menyambut hari ibu untuk mama saya. wow!! SELAMAT HARI IBU MAMA.. THAKS FOR EVERYTHING. :)


makan pizza sahaja mesti tak dapat nak buat keputusan yang bernas ketika hendak memilih meal kerana terlalu banyak pilihan untuk di pilih. tapi memang teringin sekali nak makan pizza kerana bukannya setiap bulan dapat makan di pizza hut hanya sesekali dalam setahun dan boleh di kira dengan jari 10 saya.. :) 

malam hampir tiba masa untuk ke airport untuk mengambil ayah saya yang baru balik dari luar negara landed pada jam 2110. dah selesai di airport barulah saya balik ke rumah. semalam adalah hari istimewa yang di mana kita sambut setiap tahun. :)