Monday, 25 April 2011

sejarah

sudah lebih 50 tahun kita merdeka tetapi kita tidak boleh lupakan sejarah dimana pada zaman pemerintahan penjajahan British di Tanah Melayu menyebab kita terasing dan mundur di kampung. terima kasih kepada kerajaan kerana telah menaikkan martabat orang melayu yang kini kita lihat ramai yang bijak pandai dan cendiakawan telah dilahirkan. dasar pecah perintah british sehingga sekrang masih meninggalkan kesannya.  

bagi sesiapa yang tidak ketahuinya silalah baca agar kita dapat merenungkannya demi berpikiran luas. 


kejayaan dan pembangunan malaysia yang ramai tidak ketahui. mari sama-sama kita membaca dan renungkan bagaimana kebijakan pemimpin kita. serangan waktu subuh yang membanggakan rakyat Malaysia. 



Sunday, 24 April 2011

kenyataan atau angan-angan??



utusan malaysia ada menyiarkan cerita menyeronokan dan berinformasi terkini yang mengembirakan melayu di seluruh negara. semalam saya membaca surat khabar secara online terkejut akan kenyataan PAS akan berbaik semula dengan UMNO. ini adalah perkara yang amat bagus sekali kerana dapat menyatukan semua orang melayu yang kini kita lihat mula berpuak-puak. 
baca kenyataan di bawah yang dicakap sendiri oleh ketua dewan ulama. inilah yang kita nantikan selama ini agar kedua-dua parti ini bersatu demi memajukan negara, bangsa dan agama serta keamanan negara. dan harap ianya bukannya cakap sahaja dan harap ianya menjadi kenyataan. 




liverpool






siapa yang tak gembira apabila melihat team favorite menang dengan mudah di tempat sendiri.. hehehe..  hari yang paling mengembirakan sekali dan amat selesa untuk menunggu hari esok.. liverpool semakin hari semakin  kuat dan semakin bersepahaman. liverpool menang 5-0 dan angka yang amat besar untuk hari ini.  YNWA..

hatrik hero today.. i like.. :)



mari kita menyanyi sama-sama lagu liverpool ni sempena kemenangan team favorite kita.. :)



Saturday, 23 April 2011

pertanian




seperti kita ketahui pertanian adalah sektor penting bagi memajukan negara kerana kita tidak bergantung harap kepada negera lain untuk mengimport makanan ke negara kita. kita ketahui juga bahawa hampir 90% bahan makanan yang masak di dapur adalah barang import. bagi saya sektor pertanian mahupun melibatkan makanan adalah satu industri yang terbaik untuk menjana income pada masa kini dan akan datang kerana ianya industri yang tidak akan mati dan manusia memerlukannya setiap hari.  kerajaan juga telah melaungkan "PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN" dan mengapa kita tidak mengambil peluang yang telah diberikan?? kita kena fikirkannya kerana untuk mengelakkan bahan makanan naik melonjak akibat dari bencana alam mahupun peperangan di negara pengeluar menyebabkan pengguna/pembeli menjadi sakit kepala dari tekanan harga. 

di negara-negara kuasa besar seperti USA, FRANCE,CHINA dan lain-lain menjadikan sektor pertanian adalah satu sektor yang amat penting untuk menjana ekonomi negara masing-masing. di USA misalnya, sektor pertanian mereka adalah berskla besar dan mereka tidak bergantung sangat akan barang import kerana pengeluaran makanan dalam negara mereka mencukupi dan mereka mampu untuk mengeksport ke negara lain yang memerlukan. malaysia kini bergerak mara kehadapan untuk menambah kuantiti tabung makanan negara dan negara kita memerlukannya untuk masa depan negara seiring dengan penambahan penduduk negara kita. 

     laman web kerajaan:  http://www.moa.gov.my

Najib garis tujuh prinsip segarkan sektor pertanian


baru-baru ini PM kita telah menggariskan 7 prinsip segarkan sekotr pertanian dalam negara kita. 

click dibawah:





1 Malaysia



kepada sesiapa yang masih di luar sana yang masih tidak mengetahui apakah tujuan dan kandungan 1malaysia yang kita laungkan marilah kita membaca link seperti di bawah. ramai lagi tidak memahami konsep ini dan bacalah wahai kawan-kawanku. 



HAK ISTIMEWA MELAYU TETAP KEKAL

selepas PRU-12 terjadi tragedi besar iaitu BN kehilangan 5 negeri. baca artikel di bawah: 




Wednesday, 20 April 2011

rabu



hari rabu pada 21/4 adalah hari yang membosankan kerana duduk dirumah sahaja tanpa membuat apa2. hmm.. hari ini tak kerja sebab perlu hantar buyud pergi ke hospital tanjung karang pada jam 2 petang. memang tak seronok sekali kerana hari ini otak langsung tidak berfungsi dan kurang bergerak menyebabkan otak menjadi lemah. apabila otak menjadi lemah mental pun turut lemah dan badan pun menjadi sakit2.. :) itu sahahjalah yang boleh dikongsi pada hari ini. tak ada benda yang menarik pada hari ini.. 


Tuesday, 19 April 2011

sosial

 masa lebih kepada belajar.. 
masa lebih kepada kerjaya...

kalaulah anda, apakah yang anda pilih samada blaja or kerja atau kedua-dua atau sosial??


ramai kawan2 ajak lepak or bersosial tapi...bukannya saya tidak mahu bersosial tapi saya amat susah nak bersosial kerana beberapa perkara yang tidak mengizinkan.. antara sebabnya saya susah nak bersosial adalah ketika ini saya masih lagi bekerja dan belajar. kedua perkara ni menyebabkan masa yang tipis untuk bersosial. rindu juga rasanya nak hang out dan lepak bersama kawan2 tapi malangnya tidak boleh..  

kesimpulannya saya memang tidak boleh bersosial hingga mencapai cita2 yang diingini. tapi sebagai remaja yang meningkat dewasa.. saya masih lagi cuba untuk bersosial jika tiada kerja mahupun blaja di hujung minggu. :)