Thursday 31 March 2011

bercuti..


bila tengok gambar ni mengimbau kenangan lama untuk melancong lagi. ntah bila masanya untuk melancong ke negara orang lagi. banyak negara tidak aman seperti di malaysia membantutkan lagi so nak berjalan ke luar negara pun agak gentar sedikit akan situasi negara orang yang berperang dan banyak membuat tujuk perasaan dan kes baru2 ni melibatkan tsunami dan gempa di jepun. nak melawat negara sendiri pun payah dengan masa sibuk akan kerja yang tak habis2... bila la ada masa untuk berjalan bak kata perpatah jauh perjalanan luas permandangan. 
hope middle of this year dapatlah melancong negara orang lagi(dah lama passport tak di cop visa :) ) dan rindu nak naiki kapal terbsng lagi..  :)




eyeshield 21






akhirnya... berjaya juga habiskan cerita ni.. tapi masih ada lagi sambungannya yang tidak ditunjukkan melalui video. video cuma ada dari episode 1-145 episode.. adakah ada lagi sambungan?? tapi mengikut komik manga memang ada lagi sambungannya sampai berjaya ke christmas bowl. tapi memang cerita ni membuatkan aku tak tidur malam mengahadap cerita ni sampai habis. memang betul-betul taksub hingga tidur pun termimpi-mimpi cerita ni. 
cerita ni berkisarkan sukan bola sepak amerika yang terkenal di amerika syarikat. tapi jepun telah pun berjaya menarik perhatian dunia dengan ada nya kelab2 sukan ini di sekolah2. sekolah menengah devil bat menjadi watak utama dalam cerita ni yang di mana kobayakawa sena a.k.a eyeshield 21 menempah nama di seluruh jepun sebagai pelari pantas (running back) dalam cerita ini. 
tapi macam mana pun cerita ini memang seronok dan menarik serta mempunyai motivasi tersendiri kepada para penonton termasuk saya sendiri. 



3D camera





semalam pergi ke rumah muazam, dia kata dia beli kamera 3D, so memang nak tengok sangat la sebab Malaysia belum ada kamera seumpama ini.menurut kata dia lagi fujifilm lah satu2 yang ada kamera 3D buat masa ini dan munkin dia yang pertama menciptanya. memang dasyat sungguh kamera ni seperti kita melihat wayang menggunakan cermin mata 3D.
sebagai permulaan kamera ini dicipta, memang kamera ini berat dan besar, mungkin pabila masa terdekat kemungkinan kamera 3D menjadi kecil dan lebih senang digunakan. 
macam mana pun kamera ini memang terbaik selain daripada 3D, ia juga boleh dilihat menggunakan 2D. sungguh mengagumkan. :)






new entry..


akhirnya.. berjaya juga siapkan blog ni yang digelar kayumanisoren. walaupun xtau apakah maksudnya tetapi nama itu memang best didengari. memang sudah lama pun mempunyai idea untuk membuat blog entry ni tapi ini la waktunya yang mungkin sesuai untuk dibuat. macam mana pun blog ini dibuat bertujuan untuk bersuka-suka sahaja. pabila diwaktu senang dan ada cerita menarik baru lah blog ini di update. walaubagaimanapun tahniah kepada Mr.sauza kerana blog ni berjaya dibuat. :)