Thursday 31 March 2011

eyeshield 21






akhirnya... berjaya juga habiskan cerita ni.. tapi masih ada lagi sambungannya yang tidak ditunjukkan melalui video. video cuma ada dari episode 1-145 episode.. adakah ada lagi sambungan?? tapi mengikut komik manga memang ada lagi sambungannya sampai berjaya ke christmas bowl. tapi memang cerita ni membuatkan aku tak tidur malam mengahadap cerita ni sampai habis. memang betul-betul taksub hingga tidur pun termimpi-mimpi cerita ni. 
cerita ni berkisarkan sukan bola sepak amerika yang terkenal di amerika syarikat. tapi jepun telah pun berjaya menarik perhatian dunia dengan ada nya kelab2 sukan ini di sekolah2. sekolah menengah devil bat menjadi watak utama dalam cerita ni yang di mana kobayakawa sena a.k.a eyeshield 21 menempah nama di seluruh jepun sebagai pelari pantas (running back) dalam cerita ini. 
tapi macam mana pun cerita ini memang seronok dan menarik serta mempunyai motivasi tersendiri kepada para penonton termasuk saya sendiri. 



No comments:

Post a Comment